Resepi Pizza Lazat & Sedap
Assalamu'alaikum Wrmbth para pembaca, semoga anda semua sihat wal afiat. Insyaallah, hari ini saya kongsikan Resepi Pizza lazat untuk hidangan keluarga anda. Insyaallah setanding dengan pizza francais diluar sana. Anda bebas untuk mengubah resepi ini, sekiranya memerlukan lebih pedas tambahkan lebih banyak cili untuk memenuhi citarasa hangat keluarga anda. :) Selamat mencuba.Resepi Pizza Enak Santapan Keluarga
Pizza base I :
2 cawan tepung gandum2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair
Doh Pizza yang cantik |
Cara-cara Penyediaan Pizza:
Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.
Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.
Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.
Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Doh Terbang |
Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.
Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.
Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.
Pizza base II :
2 cawan tepung roti2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung
Cara-cara Penyediaan Pizza Base 2:
Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam.
Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
Sangat menyelerakan bukan sos keju ini |
untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.
Resepi Penyediaan Inti aka Topping/Filling : (2 large pizza)
400 g daging cincang (dicincang/minced)3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh)
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega
Untuk hiasan :
sedikit oregano keringcendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka
Cara-cara Menghias Pizza :
Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.Penyediaan Sos Keju :
1 1/2 cawan susu segar1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
100g cream cheese
Sedikit lada sulah
Sedikit gula dan garam
No comments:
Post a Comment