Social Icons

Pages

Featured Posts

Monday, July 15, 2013

Video Pemprosesan Sos Tomato

Video Pemprosesan Sos Tomato Sepenuh Automasi

Assalamu'alaikum Wrmbth, betapa majunya teknologi penghasilan sos tomato diluar negara. Begitu minima campurtangan manusia dalam penghasilan sos. Hampir 100% proses menggunakan tenaga mesin bermakna proses pengeluaran sangat pantas dan berskala besar. Sudah entu belanja diperlukan juga besar. 

The power of visualization, hari hari lihat video ini dan berusaha keras. Insyaallah satu hari nanti pasti dimakbulkan. Seperti kata Stephen Covey penulis buku "7 Habits of Highly Effective People", Begin something with the end in mind. Insyaallah. Pasti boleh


Video Penghasilan Sos Cili

Video Penghasilan Sos Cili Menggunakan Mesin

Assalamu'alaikum Wrmbth, Disini saya sertakan video ringkas tentang proses pembuatan sos cili menggunakan mesin. Memang mudah caranya, namun kos pembelian mesin pemproses sos cili menggunakan peralatan seperti didalam video amat mahal kerana menggunakan fungsi automasi yang tinggi.

Insyaallah dengan izin Allah swt matlamat menghasilkan sos cili dan tomato halal menggunakan teknologi tinggi pasti akan tercapai. Usaha tangga kejayaan, kita yang berusaha Allah yang menentukan. :) Enjoy the video. Video dibawah bukan daripada kilang kami, harap maklum


Resepi Pizza Lazat

Resepi Pizza Lazat & Sedap 

Assalamu'alaikum Wrmbth para pembaca, semoga anda semua sihat wal afiat. Insyaallah, hari ini saya kongsikan Resepi Pizza lazat untuk hidangan keluarga anda. Insyaallah setanding dengan pizza francais diluar sana. Anda bebas untuk mengubah resepi ini, sekiranya memerlukan lebih pedas tambahkan lebih banyak cili untuk memenuhi citarasa hangat keluarga anda. :) Selamat mencuba. 

Resepi Pizza Enak Santapan Keluarga

Pizza base I : 

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil yis segera mauripan
2 sudu besar susu tepung
160 ml air suam
1 sudu besar gula halus
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu besar bread softener (pelembut doh)
1 sudu besar olive oil atau marjerin/mentega cair

Doh Pizza yang cantik

Cara-cara Penyediaan Pizza:

Rendam yis bersama air suam selama 10 minit. (Yis yang baik akan mengeluarkan buih)
Dalam mangkuk/bekas berasingan, campurkan kesemua bahan yang selebihnya dan gaul/ramas dengan hanya menggunakan jari. Kemudian, buatkan lubang di tengah-tengahnya dan tuangkan yis tadi perlahan-lahan. Uli sehingga menjadi doh yang elastik.

Simpan doh di dalam satu bekas yang agak besar dan tutup kemas dgn kain lembab. Rehatkan doh selama 45-50 minit.

Panaskan oven pada suhu 180C. Sediakan acuan/loyang/pan pizza. Lengserkan sedikit dengan minyak zaitun.

Keluarkan doh dari bekasnya. Tumbuk-tumbukkan sedikit untuk keluarkan angin. Kemudian letakkan doh di dalam pan dengan hanya menekan dengan telapak tangan sahaja. Tidak perlu dicanai (tapi kalau nak, boleh juga). Ratakan doh sehingga padat.

Cucuk permukaan doh dengan garpu dan sapukan dengan minyak zaitun di tepi-tepi doh dengan berus pastri(supaya ia akan kelihatan cantik dan berkilat setelah masak). Biarkan ia rehat selama lebih kurang 10 minit.
Doh Terbang

Bakar doh selama 7-10 minit. Kemudian keluarkan dari oven.

Akhir sekali ratakan dengan sos tomato, mayonis dan bahan-bahan topping yang lain. Tuangkan sos keju dan taburkan keju parut.

Bakar selama 20 minit atau hingga keperangan.

Pizza base II :

2 cawan tepung roti
2 sk yis mauripan
90 ml air suam
70 ml susu segar suam
1 sk garam halus
2 sb gula
1 sb marjerin
1 sb susu tepung

Cara-cara Penyediaan Pizza Base 2: 

Satukan kesemua bahan(kecuali susu segar dan air) di atas ke dalam satu bekas besar dan gaulkan rata. Kemudian tuangkan susu segar dan air. Uli sehingga menjadi doh yang elastik. 

Kemudian rehatkan doh(tutup dengan kain lembab) selama 1 jam. 

Panaskan oven pada suhu 180C. Sesudah itu, tumbuk-tumbukkan doh tadi dan canaikan mengikut saiz dulang/pan yang digunakan. Sapukan sedikit minyak zaitun/minyak masak pada dulang tersebut dan ratakan dengan doh tadi. Cucuk-cucukkan doh dengan garpu. Bakar selama 5 minit. Keluarkan.
Sangat menyelerakan bukan sos keju ini

untuk menyusun topping : Sapukan sos tomato dan mayonis di serata doh pizza, diikuti dengan toppingnya. Kemudian tuangkan sos keju di atasnya dan taburkan dengan keju parut dan oregano. Bakar selama 20 minit atau sehingga keperangan.

Resepi Penyediaan Inti aka Topping/Filling : (2 large pizza)

400 g daging cincang (dicincang/minced)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)
1/2 botol sos spagetti lada hitam (lain-lain pun boleh) 
sedikit garam dan gula
3 sudu besar mentega

Untuk hiasan :

sedikit oregano kering
cendawan shitake
hirisan nenas
hirisan kapsikum
hirisan bawang besar
keju parut
lain-lain ikut suka

Cara-cara Menghias Pizza :

 Panaskan mentega di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang besar sampai perang. Masukkan minced beef/chicken dan kacau rata-rata. Biarkan ia kering seketika. Kemudian masukkan bahan-bahan selebihnya. Kacau hingga pekat/kering.

Penyediaan Sos Keju :

1 1/2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
1 sudu besar tepung gandum (dibancuh dgn sedikit air)
100g cream cheese
Sedikit lada sulah
Sedikit gula dan garam

Cara-cara Menyediakan Sos Keju : 

Cairkan mentega di dalam periuk/saucepan. Masukkan susu dan krim keju. Kacau hingga keju hancur. Masukkan bancuhan tepung, lada sulah, gula dan garam. Kacau lagi hingga pekat.

Kilang Sos Cili dan Tomato

Kilang Sos Cili dan Tomato Bumiputera

Assalamu'alaikum Wrmbth, Tahukah anda berapa banyak sos cili yang digunakan oleh rakyat Malaysia setap hari? Memang sangat banyak bukan. Hidagan seperti Burger, cekodok dan pizza tidak akan sama tanpa kehadiran sos didalam bahan bahannya. Namun, sedarkah kita bahawa majoriti sos cili dipasaran dihasilkan oleh syarikat luar negara. Bagi menyahut seruan dan tanggungjawab Fardhu kifayah, kami mengambil iniatif mengusahakan kilang Sos Cili dan Tomato keluaran Bumiputera. Kami amat menekankan aspek halal dan keberkatan dalam pengeluaran sos cili dan tomato keluaran kami.


Cili dan tomato segar digunakan untuk menghasilkan produk keluaran kami. Hanya yang terbaik untuk anda


Maklumat Lanjut Mengenai Kilang Pemprosesan Sos Cili dan Tomato

Nama Syarikat: 
Jenama Sos:
Harga Pengguna: 
Semenanjung Malaysia: RM 
Sabah & Sarawak: RM 


Pasta tidak lengkap tanpa sos berkualiti 

Harga Pengedar Sos Cili

Semenanjung Malaysia: RM 2.80
Sabah & Sarawak: RM 3.30




Kelebihan Sos Cili dan Tomato Keluaran Kami

Bagi memastikan para pelanggan dan keluarga mendapat khasiat terbaik daripada Sos Keluaran kami, Kami telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan kualiti dan zat yang dijamin tinggi. Antaranya


  1. Tiada Pengawet digunakan untuk memastikan produk tahan lebih lama.
  2. Tiada Pewarna Tiruan yang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan pada jangka masa panjang yang dapat mengakibatkan kanser kepada penggunanya..
  3. Tiada MSG digunakan sebagai penguat rasa
  4. 100% keluaran bumiputera yang berkualiti
  5. Rasa sos cili dan tomato sebenar
  6. Diproses daripada Cili dan Tomato sebenar
  7. Sos dan produk kami dihasilkan oleh individu yang memelihara wudhu' dan sembahyang.



Tahukah anda, cili mempunyai sebatian bernama "capsaicin" yang membantu perembesan hormon endorfin di dalam tubuh dan menjadikan kita lebih gembira. Insyaallah


Disamping membantu anda menikmati sos cili dan tomato yang dijamin halal, kewujudan kilang sos ini juga telah mewujudkan peluang perniagaan kepada masyarakat setempat.
 

Lokasi Kami

Bandar Baru Kajang

Hubungi Kami

Hubungi Kami untuk maklumat lanjut melaui Emel, talian telefon dan SMS

Penafian

Segala maklumat yang dikongsikan dilaman blog ini adalah menurut dari pengalaman sebenar kami dan mungkin tidak bersesuaian dengan keadaan pembaca.

Pembaca dinasihatkan agar membaca dan memahami apa yang cuba disampaikan dengansebenar benarnya. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas ketidaksamaan dan akibat yang menimpa pembaca .

Nasihat pakar dalambidang berkenaan diperlukan untuk menjamin kualiti hidup yang lebih selesa. :)